Selasa, 24 September 2013

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN 2013, PERINGKAT NEGERI SARAWAK.


Saringan akan diadakan pada, tarikh, masa dan tempat seperti berikut;

Tarikh : 5 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Bilik Wacana, DBP Cawangan Sarawak.

Penyair yang terpilih, akan mewakili Sarawak ke Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan, pada 25 hingga 26 Oktober 2013, di negeri Perlis.

SYARAT PENYERTAAN: Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas. Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan bagi tahun 1987 hingga 2012, TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini.

Sila berurusan dengan Encik Ja'afar Haji Hamdan, untuk keterangan lanjut dan mendapatkan Borang Penyertaan serta sajak berkaitan, ATAU boleh terus emel kepada pihak GAPENA di borhanbmz52@yahoo.com; gapena@gapena.org.com; aazizali18@yahoo.com, untuk mendapatkan borang dan maklumat penyertaan secara dalam talian.

Sabtu, 14 September 2013

Perjuangan Dunia Buku di Malaysia


Unesco menetapkan antara kriteria sebuah negara maju adalah penerbitan jumlah judul buku setahun bagi negara tersebut adalah 1% daripada jumlah keseluruhan populasi rakyatnya. Justeru Malaysia yang jumlah penduduknya dianggarkan seramai 27 juta orang mesti menerbitkan 27 ribu judul setahun.

Angka tersebut tidak pernah dicapai menurut rekod pengeluaran nombor siri ISBN buku yang dikeluarkan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Meskipun mutakhir ini, penerbit buku termasuk majalah muncul dengan mendadak yang pastinya meningkatkan jumlah penerbitan buku namun apakah alat pengukuran tersebut relevan bagi dinisbahkan dengan budaya membaca rakyat Malaysia?

Jumlah judul penerbitan vs jumlah jualan

Apakah jika Malaysia berjaya mencapai jumlah penerbitan buku yang disyaratkan oleh Unesco itu bermaksud rakyatnya sudah menjadikan membaca sebagai suatu budaya? Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan andaian tersebut.

Menerbitkan buku adalah kerja teknikal di mana dengan suntikan modal yang tinggi daripada mana-mana pihak khususnya kerajaan ia boleh dilakukan. Namun selepas jumlah penerbitan itu mencapai jumlah 27 ribu judul kemudian apa? Apakah jaminan yang boleh diberikan semua judul buku itu akan dibaca dan dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia?

Namun bagi sebuah rumah penerbitan swasta sebagai contoh, apabila mereka menerbitkan satu judul buku dan buku itu berjaya dijual dalam masa kurang setahun sebanyak lebih 10,000 naskhah dan sering diulang cetak, secara mudah satu judul buku tersebut boleh dianggap sudah dibaca 10,000 orang tidak termasuk yang berada di perpustakaan dan dipinjamkan sesama mereka.

Sewajarnya kita memahami bahawa perjuangan sebenar bagi seorang penulis, penerbit dan pengedar buku pada masa kini adalah bagaimana untuk memastikan buku  yang ditulis, diterbitkan dan dijual dibeli oleh masyarakat umum dengan meluas.

Ironinya, antara perkembangan bagus yang boleh dibanggakan adalah, rakyat Malaysia semakin suka membaca. Ini dibuktikan dengan jumlah jualan buku oleh penerbit dan kemunculan penerbit baru yang agak meriah kebelakangan ini. Segmen buku berorientasikan agama antara yang menunjukkan lonjatan yang mendadak.

Namun pertambahan judul buku dan rumah penerbitan ini tidak selari dengan pertumbuhan kedai buku yang rata-ratanya semakin mengecil. Persaingan sesama buku dan penerbit dalam ruangan yang kecil itu sering menjadikan buku yang bagus juga tidak dapat sampai ke tangan pembaca.

Sebagai alternatif, pemasaran atas talian mengambil tempat dan perlu diperkasakan kerana menjadi fenomena juga para pembaca lebih suka membeli melalui atas talian dan membayar sahaja caj servis penghantaran berbanding mereka terpaksa ke kedai buku atau pasar raya semata-mata untuk membeli sebuah buku.

Di sebalik pertumbuhan dan pengeluaran buku yang semakin meningkat itu, tiba-tiba penawaran produk buku sudah melebih permintaan dan keperluan, ini kerana meskipun perkembangan di peringkat penerbit buku adalah positif namun pertumbuhan pembaca sekali gus pencinta ilmu di Malaysia adalah amat lembap.

Kebanyakan mereka yang saban bulan pergi ke kedai buku dan membeli buku adalah orang yang sama. Justeru kuasa beli akibat daripada pertumbuhan pembaca yang tidak meningkat inilah yang menjadi masalah utama dalam pertumbuhan masa depan dunia buku selain daripada faktor lain seperti harga buku yang masih dikira mahal kerana secara teorinya jika harga buku boleh dijual dengan murah seperti di Barat maka kuasa belinya akan meningkat.

Para sarjana di universiti, pemikir bebas, penerbit buku baru dan lama, penulis buku ilmiah dan popular dan juga pekedai perlu memikirkan bagaimana caranya untuk membina pembaca buku tegar yang baru sekali gus pencinta ilmu. Barangkali ia boleh dikaitkan dengan Teori Domino, dan jangan berharap sangat dengan orang politik dalam bab ini!

* Oleh Zahiruddin Zabidi, calon Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Sejarah dan Tamadun Islam) dan mantan editor di beberapa rumah penerbitan swasta dan agensi kerajaan.


Senarai Penuh Penerima Anugerah dan Pingat Oleh TYT Negeri Sarawak pada 14 September 2013

Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P)
1.    Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin
Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A)
1.    Tan Sri Dr James Jemut Masing
2.    Dato Sri Douglas Uggah Embas
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak
Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S)
1.    Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
2.    Dato’ Seri Hishammuddin Hussein
3.    Tan Sri Dr Ali Hamsa
4.    Tan Sri Dato’ Sri Paduka Lim Kok Wing
Panglima Negara Bintang Sarawak (Honorary) (P.N.B.S)(H)
1.    Kazuhisa Kogo
Darjah Gemilang Bintang Kenyalang Sarawak
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K)
1.    Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Johan
2.    Tan Sri Shukry Mohd Salleh
3.    Dato’ Yong Khoon Seng
4.    Datuk Henry Tee Hock Hin
5.    Julaihi Narawi
6.    Dr Jerip Susil
7.    Abdul Karim Rahman Hamzah
8.    Lieutenant General Datuk Mohd Zaki Mokhtar
9.    Datuk Ismail Hashim
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (Honorary) (P.G.B.K)(H)
1.    Torstein Dale Sjotveit
Darjah Jasa Bakti Sarawak
Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S)
1.    Kipli Yassin
2.    Mohamad Abu Bakar Marzuki
3.    Sajeli Kipli
4.    Laura Lee Ngien Hion
5.    Dato’ Law Hong Soon
6.    Abdillah Adam
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak
Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S)
1.    Datin Hanifah Hajar Taib-Alsree
2.    Khir Busrah
3.    Ngeng Eng Cheng
4.    Hii King Chiong
5.    Andrew Wong Kee Yew
6.    Steve Ng Thian Yew
7.    Wong Sing Nang
8.    Senator Madinah Tun Datuk Abang Openg
9.    Chai Shong Phian
10.    Henry Opang Luhat
11.    William Tang Tieng Kee
12.    Rorete@Clarence Rorote Sagon
13.    Pengiran Zain Pengiran Salleh
14.    Abang Mohamad Atei Abang Medaan
15.    Winsel Ahtos
16.    Baharuddin Abdullah
17.    Abdul Latif Abu Seman
18.    Grunsin Ayom
Darjah Yang Mulia Bintang Sarawak
Panglima Setia Bintang Sarawak (Honorary) (P.S.B.S)(H)
1.    Idris Sardi
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak
Johan Bintang Sarawak (JBS)
1.    Temenggong Adrian Ringgau
2.    Andrew Shilling Bangit
3.    Awang Bujang Awang Antek
4.    Fabian Wong Boon Soon
5.    Temenggong Helmi Mohd Gol
6.    Penghulu Henry Jala Tamalai
7.    Mohd Rajuna Omar
8.    Ngalinuh Bala
9.    Temenggong Nunong Dandan
10.    Pandi Suhaili
11.    Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali
Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak
Johan Bintang Kenyalang (JBK)
1.    Abang Iskandar Abang Latip
2.    Ambrose Linang
3.    Azhahari Kamal Ramli
4.    Datin Catherine Kelo Isa
5.    Dayang Raoyah Abang Adeng
6.    Elizabeth Deng
7.    Gabriel Gumis Humen
8.    Hasan Ismail
9.    Othman Abdul Rani
10.    Zahidin Dor
Pingat Pentadbiran Awam
Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (PPC)
1.    Jamilah Hashim
2.    Rita Manurung
3.    Unya Ambun
Pingat Perwira Negeri (Gangsa) (PPN (G))
1.    Harudis Busan
2.    Nerius Busan
3.    Remmy Leget Tanjong
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak
Pegawai Bintang Sarawak (PBS)
1.    Adul Muttalib Julaihi
2.    Abdul Rani Rusli
3.    Abu Bakar Salleh
4.    Awangku Jamuddin Pengiran Kon
5.    Bangsa Untang
6.    Chong Nyuk Loi
7.    Eda Igar
8.    Garai Entili
9.    Hassan Busu
10.    Dr Hu Chang Lek
11.    Jaidah Alek
12.    Kapitan Jong Kui Lan
13.    Lay Adon
14.    Lee Say Hin
15.    Lee Sin Fah
16.    Mohamad Azlan Iskandar
17.    Mohamad Sardon Zainal
18.    Mohd.    Firdaus Abdullah
19.    Mutang Tagko
20.    Narawi Eli
21.    Nicholas Boyok Pura
22.    Phyllis Empina Tanggai
23.    Puk Lili@Puk Lee Lin
24.    Lt.    Col (Rtd) Robert Rizal Abdullah@Robert Madang Langi
25.    Shamsuddin Abdul Razak
26.    Suib Basnu
27.    Suliaman@Sulaiman Wak
28.    Wee Chong Hui
29.    Zaiton Johari
Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak
Pegawai Bintang Kenyalang (PBK)
1.    Abang Mohamad Abang Marzuki
2.    Abdul Rahman Sebli Senusi
3.    Abdullah Gani
4.    Abdullah Jaini
5.    Ahmad Mansor
6.    Aisah Eden
7.    Arther Yeap Tong Guan
8.    Asmad Matusop
9.    Awang Merais Awang Ismail
10.    Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa
11.    Burhanuddin Abdul Majid
12.    Chen Kok Chiu
13.    Penghulu Chua Hiong Kee
14.    Daniel William Henry Bego
15.    Dayang Nena Abang Bruce
16.    Donald Joe Ah Guan
17.    Fang Jee Khin@Phang Jee Khin
18.    Fatimah Abdullah
19.    Florence David Brown
20.    Grace Hii Hui Hing
21.    Johanna Abdullah
22.    Hasbi Suhaili
23.    Hashim Bojet
24.    Hasmawati Sapawi
25.    Hat Hoklai
26.    Ismaili Bujang Pit
27.    Jacqueline Tay Siew Lin
28.    Johnny Baling Talek
29.    Karambir Singh Honey
30.    Kungee Sandhu
31.    Latip@Latiff Sapong Apong
32.    Lau Kim Swee
33.    Dr Lulie Joshua Meling
34.    Masni Amit
35.    Megir Gumbek
36.    Michael@Michael Nebin Saweng
37.    Mohd Hassan Suman
38.    Major Monday Juhid
39.    Mortadza Alop
40.    Nor Hisham Mohammad
41.    Nyelang Jimbau
42.    Othman Hamdan
43.    Peter Runin
44.    Raymond Gai Panting@Gaie
45.    Richard Wee Liang Chiat@Richard Wee Liang Huat
46.    Serawa Budol
47.    Sim Mong Liang
48.    Sim Thong Poh
49.    Suliman Abdullah
50.    Syed Ramli Syed Shaari
51.    Ting Meng Hock
52.    Wendy Terang
53.    William Jinep
54.    Dr William Voon Ewe Huat
55.    Wong Kiong Ching@Wang Kiong Ching
56.    Yeo Teong In@Yeo Tiong Ing
57.    Yii Ching Wong
Pingat Pentadbiran Awam
Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (PPB)
1.    Abang Ahmad Abang Julai
2.    Abang Ahmad Abang Othman
3.    Abang Mohamad Abang Naili
4.    Abd.    Kadir Rais
5.    Abdul Wahab Suhaili
6.    Abu Bakar Mokhtar
7.    Ahmad Sukarno Saini
8.    Alim Impira
9.    Ambun Dindang
10.    Amihizam Abdul Shukor
11.    Andom Ladi
12.    Anthony Aboi
13.    Anuar Shadzat Merdzuki
14.    Atek@Sakas Sanggeng
15.    Azahari Omar
16.    Caroline Anne Ranyed Jackson
17.    Chin Siew Kiaw
18.    Durie Austine Tinggie
19.    Dzulkornain Masron
20.    Engkamat Lading
21.    Associate Professor Dr. Firdaus Abdullah
22.    Francis Oscar Eska Rabak
23.    Friday Belik
24.    Gan We Ling
25.    Hamid Awang
26.    Hardi Fadillah Hamzah
27.    Hassim Hassan
28.    Hatta Arabi
29.    Hawa Ragi
30.    Husini Bakir
31.    Isa@Zaidi Sahari
32.    Ishak Samdin
33.    Jamal-Shukuri Bolhassan
34.    Jamaluddin Mohd Yusof
35.    James Enjeng@Sinjeng
36.    Jasni Jubli
37.    Jaya Uki
38.    Jong Li Joon
39.    Julin Alen
40.    Krishan Singah Dulup Singh
41.    Lau Shin Chai@Liew Shin Chai
42.    Lim Yu Teong
43.    Mardziah Suhaili
44.    Michael Ronnie Langgong
45.    Mohamad Mortadza Matrang
46.    Mohamad Sazali Spawi@Sapawi
47.    Mohamad Yusuf Sa’ee
48.    Mohamad Zaidi Wahab
49.    Mohd.    Hinri Abdullah
50.    Mroon@Ambrose Buntuk
51.    Musa Hashim
52.    Noorihal Muhammad
53.    Nor Hananie Abdullah
54.    Norbert Rabar Sumoh
55.    Norlila Ulis
56.    Oswald Braken Tisen
57.    Phang Kun Liong
58.    Phua Siaw Chang
59.    Png Pin Hin
60.    Rahmah@Rahmad Led
61.    Rahmah Murshidi
62.    Riyu Embo Perok
63.    Romeo Sanggat Manggoi
64.    Ronnie Boniface Nugi
65.    Runi Sylvester Pungga
66.    Saferi Ali
67.    Samuil-Ashton Satu
68.    Sareah Wahet
69.    Sarkawi Numan
70.    Sahfie Ismail
71.    Smih@Meni Bugik
72.    Sulaihi@Suhaili Embeng
73.    Suria Su’ut
74.    Tan How Chai
75.    Tan Ming Tang
76.    Tessy Nimos
77.    Timothy Alexander
78.    Wan Sufian Wan Mustapha
79.    Wong Ai Yung
80.    Yong Ying Kiu
81.    Yow Kok Khiang
82.    Yusfida Khalid
83.    Zurol Ainie Mohamad Diyar
Pingat Pentadbiran Awam
Pingat Perkhidmatan Bakti (Posthumous)(PBB(P))
1.    Gemulah Ibrahim Hailee
Ahli Bintang Sarawak (Honorary) (ABS(H))
1.    Zulkifli Othman
Ahli Bintang Sarawak (ABS)
1.    Abang Balia @ Abang Ballia Abg Suhai
2.    Abang Latif Abang Chee
3.    Abas Jambari
4.    Abdul Hamid Zaini
5.    Abdul Malik @ Chew Min Hong
6.Abdul Wahab Moris
7.    Abu Seman Shuhaili
8.    Ahmad @ Tambi Nahap
9.    Ahmad Johnie Zawawi
10.    Ahmat Adai
11.    Alexson Naga Chabu
12.    Alyik Manding
13.Aminah Abdullah @ Terisa Terobat
14.    Amir Abdullah Mohd Hassan
15.    Amli Mat
16.    Amzah Dollah
17.    Andar Suntai
18.    Anthony @ Alexander Anthony Banyan
19.    Anyai Ijau
20.    Ara Elis
21.    Arazmi Rasit
22.    Arifin Amit
23.    Arifin Iba
24.    Aw Nam Hwa
25.    Awang Jabai Awg Katel
26.    Azhar Che Amir
27.    Badie Ujan
28.    Balang Sultan
29.    Bariah Boll
30.    Batu Surai
31.    Bawang Tajang
32.    Bill Thomas Junggu
33.    Bong Sin Kong
34.    Boon Voon Min
35.    Bruno Jong Kim Luing
36.    Bukit Tingang
37.    Bungsu Tayun @ Matthew Bungsu
38.    Caroline Chua Geok kee
39.    Chai Ming Kiong
40.    Chan Bak Beng
41.    Charles Benet Ait
42.    Chban @ Henry Chuban Jamban
43.    Chin Khiam Min
44.    Chin Yew Mui
45.    Chong Bui Jee
46.    Chong Chit Kheng
47.    Chong Nam Fah
48.Chong Niew Moi @ Chong Kui Lan
49.    Chong Nyuk Lain
50.    Chong Ted Fong
51.    Chumang Gramong
52.    Crizzon Nyambong
53.    Daniel Dugat
54.    David Muyai
55.    Davis Parag Udan
56.    Dawi Che
57.    Dayang Mariam Abang Mustapha
58.    Dayang Mastura Pengiran Bungsu
59.    Dayang Salhah Awang Weldan
60.    Dominic Lusat sagan
61.    Prof Dr Ir Chin Yew Sin
62.    Duka Lazi @ Laji
63.    Dunging Serit
64.    Ekit Awang
65.    Elli Sauni
66.    Empaling Sanggir
67.    Enggie Gerang
68.    Evelyn Dayun Stephen Mapang
69.    Fatemah Ahmed
70.    Fatimah Suhaibo
71.    Fazzrudin Abdul Rahman
72.    Fung Kok Ling
73.    Ganggang Ngumbang
74.    Goh Eng Ban
75.    Hadzman Johny
76.    Datin Sri Fatimah Jamil
77.    Khadija Datuk Temenggong Muip
78.    Naim Mahlee
79.    Sapili Radin
80.    Sariee Mansor
81.    Hamdan Bujang
82.    Hamid @ Amit Salleh
83.    Haris Majid
84.    Hasanah Majais
85.    Penghulu Hassan Pilus
86.    Hee Hon Nyen
87.    Helen Antas
88.    Henry Daris
89.    Henry Colin Belawing
90.    Henry Eli Barangai
91.    Hii Toh Ping
92.    Ho Hock Thin
93.    Hobert Miden Lungos
94.    Hong Chiew Keng
95.    Kapitan Hu Hee Juen @ Pooh Hee Yang
96.    Hun Lee Lin
97.    Isaali Wasli
98.    Jaapar Sidek Abusamah
99.    Jamaiah @ Jamayah Hashim
100.    Jamain Ujit @ Jamain Bojet
101.    Jamhari Suhaili
102.    Janting @ John Chupong
103.    Jawa @ Lawas Musan
104.    Jebli Ngok
105.    Jee Khi Fhen
106.    Jegai Jawa
107.    Jelani Ajang
108.    Jemat Chee
109.    Jenny Yon Valentine Limban
110.    Jeramau Legan
111.    John Sembilan
112.    Johny Sawing
113.    Jok Eng Jok
114.    Joseph Bitin Bungas
115.    Joseph Ranger Francis Nyui
116.    Juan Kudi
117.    Jumaat Ibrahim
118.    Kamarul Alam Taib
119.    Kambiang Tumin
120.    Karam Singh Tara Singh
121.    Kho Ung Tieng @ Ho Ung Tieng
122.    Khusyairy Pangkas Abdullah @ Pangkas Unggang
123.    Kiing Ling Wong
124.    Kong Sam Ming
125.    Kueh Kian Jin
126.    Lachak Sobeng
127.    Lai Chaw Soon
128.    Lai Chu Ching
129.    Lai Ted Moi
130.    LAmada @ Mathew Saong
131.    Lambi Bunsi
132.    Lanja Basat
133.    Lansia Tasing
134.    Lau Meng Boon
135.    Lau Sie Ing
136.    Lee Koi Sze
137.    Lee Lei Seng
138.    Lee Mee Ong
139.    Lee Vui Shin
140.    Lejau Sirik
141.    Leman Lian
142.    Leonard Jambu
143.    Lily Antang
144.    Lim Chuan Chan
145.    Lim Moh Heng
146.    Lim Su Thiam
147.    Ling Bee Lang @ Choo Bee Lang
148.    Ling Hau Ching
149.    Lingg Pik Chii
150.    Liu Bui Kong
151.    Loh Ing Kiong
152.    Loi Siok Hung
153.    Lula Ujai
154.    Luna Stang
155.    Ma Bee Kuan
156.    Mahmood Salleh
157.    Mahmud Narawi
158.    Majidi Jahiri
159.    Maslah Mohamad
160.    Maslem Elin
161.    Mastan Perayam
162.    Maurice Budit Angoi
163.    Michael Balo Jaul
164.    Michael Sandom @ Sandom Nyelang
165.    Mejar Mislani Auverto @ Suwarto
166.    Moh Wung Ming
167.    Mohamad Karani
168.    Mohd Hashumi Mohd Baharin
169.    Mohd Siril Asror Mahabon
170.    Morshidi Jubaidi
171.    Morshien Affandi
172.    Mortadha Abdullah
173.    Muhaini Saat
174.    Muhammad Yarshar Abdullah
175.    Nahariah Mohd Spawi
176.    Dr Ng Siew Thiam
177.    Ngieng Hok Diing
178.    Ngu Liong Beng
179.    Ngu Tiong Kai
180.    Noraini Mohd Puteh
181.    Noraini Tuanku Mohammad
182.    Ong Kah Ho @ Ong Ah Aik
183.    Own Chen Chiung
184.    Peter Lau Hieng Chung
185.    Phang Hoi Phin @ Phang Hai Fong
186.    Philip Aon Singgang
187.    Poreng Noging
188.    Rakow Sidem
189.    Razanah Mokhtar
190.    Rised Aboy
191.    Robert Ngawal Arun
192.    Rosalind Yang Misieng
193.    SM Najabuddin Mohd Yusop
194.    Sabran Yahya
195.    Sabtuyah Yusuf
196.    Sakan Piee
197.    Salhah Sabeng
198.    Salin Abong
199.    Sari Jura
200.    Sarudin Dunda
201.    Selamah Jmi
202.    Selihah Tarbi
203.    Sellehah Abdillah
204.    Siaw Foh Hin
205.    Siew Chiew Choung
206.    Sii Su Hung
207.    Silai Sandah
208.    Sim Chee Chien
209.    Singki Alok
210.    Stanley Sila
211.    Stephen Janong John Spawie
212.    Stephen Ruin
213.    Sukphal Singh
214.    Sulaiman Ab Rahman
215.    Sulaiman Sulong
216.    Tan Check Joon
217.    Tan Choon Yong
218.    Tan Sin Hun
219.    Tan Suok Hung
220.    Tan Yong Soon
221.    Tara Gulang Biju
222.    Tay Choo Huat
223.    Tay Siaw Chuan
224.    Tayang Kanbar
225.    Terence Tikok Pirus
226.    Penghulu Thomas Jawa Lasu
227.    Tiong Chiong King
228.    Tiong Chong Onn
229.    Tong Tiong Chen
230.    Ekau Baring
231.    Tura Musa
232.    Uristha Urai Nanta
233.    Vong Wei Liang
234.    Wadel Boyod
235.    Waili Abang
236.    Wan Bujang Wan Seman
237.    Wan Halet Habib Mohd
238.    Wan Hamzah Wan Paie
239.    William Kong Sing Yii
240.    Willie Kikih
241.    Wolfgang Robert Ting Tiong Huo
242.    Wong Ei Sing
243.    Wong Hau Ching
244.    Wong Seng Hoo
245.    Wong Sie Dok
246.    Wong Sui Ting @ Swee Ting
247.    Yahya Salim
248.    Yak Sahari
249.    Yeo Ngee Poh
250.    Yong Kah Chu
251.    Yong Lik Yien
252.    Yong Yok Min
253.    Zaiton Majid
Ahli Bintang Kenyalang (ABK)
1.    Abang Haronizan Abang Othman
2.    Abdul Malek Dollah
3.    Abdullah Baee
4.    Ali Hussein Khan Kasmali Khan
5.    Asfah Asmara
6.    Baslie Sulaiman
7.    Chan Shun Sing
8.    David Richard Vincent
9.    Dayang Zaiton Abang Drahman
10.    Drahman Jabar
11.    Edwin Alexander Juna
12.    Gerang Juben
13.    Jaraiee @ Jeraee Jemali
14.    Haliza Merdzuki
15.    Hilary Giang Ngelambong
16.    Hussin Ahmad
17.    Jamali Yew Abdullah
18.    James Watt Jelani
19.    Jelanie Mangbang
20.    Kitty Chiam Siew Eng
21.    Kong Muk Hua
22.    Kunying @Kumying Mandoh
23.    Lade Kulong
24.    Latip Yunus
25.    Liew Shaw Fah
26.    Liew Yu Long
27.    Ling Sie Leong
28.    Loya Seman Jingan
29.    Maurice Joannes Giri
30.    Mazalani Suud
31.    Mero Anthony
32.    Mohamad Salleh Hamdin
33.    Mohamad Shamsuddin Sanusi
34.    Muroh Tah @ Michael Akam
35.    Mustafa Yaman
36.    Nona Zaharia Fadzil
37.    Nur Kamariah Abdullah
38.    Rahayah Yahod
39.    Rambli Arabi
40.    Raymond Jangan Jabu
41.    Roland Demong Radin
42.    Rosli @ Hadi Umar
43.    Said Ismail
44.    Samsudin Sapri
45.    Sapiah Penyarang
46.    Sebastian Madang Unjong
47.    Sengalang Uyang
48.    Sharifah Aminah Wan Muhammad
49.    Sliong Jamal
50.    Strimari Rajamanikan
51.    Tan Ah Ho
52.    Wan Ajang
53.    Yii Kau Chai
54.    Zainah Dollah
Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (PPT)
1.    Abang Ismail Abang Talib
2.    Abang Mahmood Abang Abidin
3.    Abdul Rahim Abdul Rahman
4.    Abdul Taib Yusup
5.    Abdul Wahap Dilah
6.    Abg Ashari Abg Kassim
7.    Adam Anggot
8.    Adzhar Julaihi
9.    Ahmad Alli
10.    Ahmad Jais Drahman
11.    Aldrian Siden Ale
12.    Ali Akbar Yasin
13.    Alphonsus Awie Kinyo
14.    Aluyah Suhaili
15.    Aminah Muhiyuddin
16.    An’yan Jawa
17.    Andrew Balih Empam
18.    Ang Leng Hock
19.    Angela Lee Siew Yen
20.    Anna Kuek @ Anna Quek
21.    Anyi Ajang @ Anyie Ajeng Jok
22.    Arbi Usin
23.    Ariffin Rajab
24.    Asnidar Arabi
25.    Atjemain Sarimin
26.    Awang Ali Awang Putit
27.    Awen Jon Ribeg
28.    Awg Suhaimi Awg Mustapha
29.    Azman Assan
30.    Azman Sulaiman
31.    Bidari Alek
32.    Bigap Sugen
33.    Brahim Pauzi
34.    Catherine Kundau Nglai
35.    Chan Sin Huat
36.    Chan Yen Hua
37.    Chia Irene
38.    Chieng Ming Sing
39.    Christopher Chan Yu Hock
40.    Clarence Bungkok
41.    Conny Kuntel
42.    Dasuki Aini
43.    Dayang Diun Abu Bakar
44.    Dayang Sofia Awang Salleh
45.    Dennis Linggie
46.    Derek Jutem
47.    Dief @ Damid Rumen
48.    Dolhan Bujang
49.    Easter Duncan
50.    Edward Johor
51.    Enddy Mataha
52.    Francis Kanawang
53.    Francis Liew Chon Khiong
54.    Fu Lien Jong
55.    Gawing Kilat
56.    Gekie Utak
57.    George Sigai
58.    George Chong Chook Voon
59.    Goh Yeaw Teong
60.    Halimah Che Ahmad
61.    Halimah Taril
62.    Hallener Mengga
63.    Hamdiah Mohd Bujang
64.    Harry Don Bosco @ Dingun Don Bosco Biscop
65.    Hasbi Zainuddin
66.    Hasmah Johan
67.    Hellene Lim
68.    Hui Kok Seng
69.    Isah Suaidi
70.    Jalani Rosani
71.    Jali Salleh
72.    Jamaiah Jamail
73.    Jangan Bakar
74.    Johar Allen
75.    John Nuga
76.    Jose Galang
77.    Justin Ho Seng Nam
78.    Kamsiah Karim
79.    Kelly Sari
80.    Khartina Abdullah @ Seleban Berigol
81.    Kidar Lua
82.    Kong Sing Hwa
83.    Kujang Baling
84.    Kulan Anyi
85.    Lau Ngee Tiong
86.    Layang Aseng
87.    Lee Hock Seng
88.    Lian Raja
89.    Liging Maleng
90.    Liko Uki
91.    Lim Bee Tin
92.    Mahidi Ayup
93.    Mambai @ Bitan Assan
94.    Mary George
95.    Matthew Lamba
96.    Mauh Augustine
97.    MD Nazir Kasman
98.    Meran Ubong
99.    Michael Direp Nyuin
100.    Mohamad Hamdi Abang
101.    Mohamad Putit Mohamad Husni
102.    Mohamad Rosli Muta
103.    Mohammad @ Mohd Suip Mohd Su’ut
104.    Mohd Azmi Mohd Shaari
105.    Morshidi Usop
106.    Morslim Ibrahim
107.    Mortadza Adenan
108.    Muhamad Su
109.    Mustafa Tering
110.    Napiah Pura
111.    Noim Lanjis
112.    Nokiat Doyuh
113.    Nor Faizah Abdullah @ Patricia Punai
114.    Norisah Berdi
115.    Nurliza Abdullah @ Lesa Fredrick
116.    Omar Amit
117.    Osman Sulai
118.    Osni @ Rosni Waini
119.    Paul Joring Nyyon
120.    Pui Chin Hin
121.    Rabong Alap
122.    Raiji Lan
123.    Ramli Kadang
124.    Ranson Ballan Ulan
125.    Ratna Zaini
126.    Razali Salleh
127.    Retu Utek
128.    Rizanah Morni @ Riza Morni
129.    Rohana Abdullah
130.    Rohanah Adenan
131.    Rohani Ali
132.    Rohani Han
133.    Roseni Yusup
134.    Rossilawati Narzarah Bujang Brahim
135.    Rozi Adzillah Sabeki
136.    Rundeng Sobek
137.    Sagai Setana
138.    Sakawi Dahlan
139.    Salleh Joll
140.    Salleh Kasah
141.    Salomi Tambi
142.    Sarbini Ekom
143.    Sarbini Suud
144.    Seli Sinda
145.    Seruji Abid
146.    Shamsuddin Sham Abdullah @ Sudin Akey
147.    Sharifah Pura Wan Hamid
148.    Solomon Ahkaw Pilok
149.    Sophia Freni Affrin Madu
150.    Suhiri Afandi
151.    Sulaiman Sahari
152.    Sumat Langai
153.    Tarang Sanjan
154.    Tay Eyuk Huang
155.    Teo Chee Hua
156.    Teo Ching Boon
157.    Teo Nguang Hua
158.    Teo Soo Thong
159.    Tiong Chun Ming
160.    Ukit Engkarong
161.    Wong Chie Yong
162.    Wong Diet Ming
163.    Yahya Mat
164.    Yasmin Abdullah @ Grace
165.    Yusuf Morshidi
166.    Yusup Dewa
167.    Zulkafli Alias
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak
Bentara Bintang Sarawak (BBS)
1.    Abang Dahlan Abang Sulaiman
2.    Abdul Razak Kassiim
3.    Abg Arip Abg Aerowani
4.    Abu Bakar Janel
5.    Abu Shukor
6.    Adin Jamban
7.    Affendi Jawawi
8.    Ahmad Safri Batu
9.    Ajali Sembus
10.    Ali@Muslim Badrin
11.    Ali Omar
12.    Ali Usup
13.    Ali Rahman Salleh
14.    Almi Sedek
15.    Ambu Liben
16.    Amel Gayeu
17.    Aminah Narudin
18.    Aminah Tambi
19.    Andom Bunsu
20.    Andrew Ling Sui Ling
21.    Ang Chiw Kiam
22.    Ansok Laga
23.    Arumugam Kannie Muthiah
24.    Asiah Kawi
25.    Awang Juing
26.    Awang Kipli Awang Besar
27.    Ayai Sawing
28.    Azmi Mawi
29.    Baba Uchau
30.    Badrul Hisham Bahari
31.    Baing Barang
32.    Baki Giu
33.    Bantan Nuang
34.    Banyang Dato
35.    Bartholomew Sulee@Batholomew Songli
36.    Ben Kuleng
37.    Bening Sebing
38.    Betty Bailey
39.    Bidin Bong@Bidin Bong
40.    Bob Rikar
41.    Bong Jong Sin
42.    Brian Fung Kok Shiun
43.    Buang Lamat
44.    Budin Nasar
45.    Bujang@Lapok Narawi
46.    Bujang Nen
47.    Cassius Laini Nyanged
48.    Cecilia Chang Su Ching
49.    Chia Sie Yong
50.    Chikut Manau
51.    Chuchu Salleh
52.    Collin Sait Ukel
53.    Dahan Tagus
54.    Dandan Bujang
55.    Daniel Levoh Imang
56.    David Along
57.    David Jilom
58.    David Madek Rangit
59.    Dayang Madinah Abang Yaman
60.    Dayang Za’arah Abang Hajimi
61.    Denggat Jikom
62.    Dunga Junit
63.    Dunggok Megong
64.    Edmund Uda Maleng
65.    Edrus Jam
66.    Edward Higo Saging
67.    Edwin Nyawai
68.    Egong Mambang
69.    Empanit Unjan
70.    Engkong Enkang
71.    Esther Ben
72.    Fatimah Awang Sulong
73.    Fatimah Yusuf
74.    Francis Linjas Kachu
75.    George Jantai Egun
76.    Gregory Buji
77.    Habibah Sahari
78.    Hadiah Jani
79.    Hajemat Brahim
80.    Basrah Ahmad
81.    Kamariyah Tayim
82.    Hamina Habli
83.    Hamzi Muris
84.    Hanip Omar Abdullah
85.    Hasbi Awang Hassan
86.    Hasiah Razali
87.    Hatiah Tema
88.    Hayari Deris
89.    Henry Paul Iboh
90.    Henry Semuel Sia
91.    Hii Ru Wei
92.    Hilary Joseph Santang
93.    Hipni Sulong
94.    Horaira@Horairah Hanapi
95.    Howard Wan Jau@Wan Jau Anyi
96.    Howell Iman
97.    Ikau Anjan
98.    Imba Selat
99.    Ishak Hashim
100.    Ismail Semuni
101.    Ismail Suliman
102.    Ismaily Joharie
103.    Itu Tanjong
104.    Jabing Luang
105.    Jackson Balang Alos
106.    Jackson Sujang Mut
107.    Jamain Jemat
108.    Jamali Piot
109.    James Joshua Guang
110.    Jamil Wasli
111.    Jarit Luang
112.    Jeffery Lau Kok Chung
113.    Jeli Lebat
114.    Johan Ajek
115.    Johnny Lumi
116.    Johnny Jamu
117.    Johnny Ling Sing She
118.    Johny Rayong Jagan
119.    Jok Laing
120.    Jubai Buji
121.    Julia Juwen
122.    Juni Masam
123.    Jusan Sikua
124.    Kamal Hassan
125.    Kamar Shah Yah
126.    Kanchil Base
127.    Katina Landut
128.    Kavang Ingo@Florence Kawang
129.    Kedit Bugat
130.    Khairuddin Abdul Kadir
131.    Kho Cheng Nam
132.    Kho Jin Chee
133.    Kilat Nudong
134.    Kojat Ampai
135.    Kolly Samen
136.    Kong Shau Yii
137.    Ladod Guntang
138.    Lanying Tanggah
139.    Lapik Ambun
140.    Latifah Awang Akhbar
141.    Latit Timban
142.    Latit Lutik
143.    Lau Lik Sing
144.    Lau Pern Chen
145.    Lenny Taha
146.    Lewis@Louis Lamit
147.    Linang Kuan
148.    Linggi Usar
149.    Lisa Buing
150.    Liu Yun Ann
151.    Lodin Dawan
152.    Machau Seman
153.    Madon Puasa
154.    Mahdi Ling
155.    Mahdili Saibi
156.    Majeri Li
157.    Majunit Pa’ee
158.    Malina Anom
159.    Mansor Insol
160.    Mantali@Entalie Resa
161.    Maria Masam
162.    Mariah Kurus
163.    Masni Arshad
164.    Mazilna Narudin
165.    Menji Juel
166.    Michael Sim Bean Huat
167.    Micky Bagan
168.    Mohamad Ampik@Mohd Taufik
169.    Mohamad Fauzi Rajit
170.    Mohamad Hidayat Abdullah
171.    Mohamad Ismawi Hashim
172.    Mohamad Jalil Samat
173.    Mohamed Saidi Tambi
174.    Staff Serjeant Mohd Ruzaidi Md Hassim
175.    Morhidi Ali
176.    Staff Serjeant Muhammad Amin
177.    Mula Mandi
178.    Musa Lutang
179.    Mtang Karani
180.    Na’imah Amin
181.    Naim@Ahmad Mail
182.    Naomi Mijong
183.    Nasar Hasan@Nasar Hasaan
184.    Nelson Amba
185.    Ngali Nyegang
186.    Ngandang@Jack Janting
187.    Ngindang Labang
188.    Nily Babai
189.    Niroi Gelau
190.    Nordin@Bujang Yussof
191.    Norhayati Ibrahim
192.    Norsiah Ramli
193.    Numpang Baring
194.    Nyanau Aboh
195.    Nyobi Gandek
196.    Olive Boli
197.    Othman Bujang
198.    Patehi Mawi
199.    Patong Medin
200.    Pauline Ahhin
201.    Peter Wak
202.    Peter Jalong Usang@George Jalong
203.    Priscilla Bangi Joseph Allen
204.    Purah Belawing
205.    Rajena Bilong
206.    Ramba Bungkong
207.    Ramli Sapong
208.    Randi Julak
209.    Rayong Bayak
210.    Richard Umin
211.    Rirong Buban
212.    Roana Burut
213.    Robert Jampong
214.    Robert Lin Malina
215.    Rose Sekalai
216.    Rosli Morsidi
217.    Rusa Delima Bulan@Roselind Belawing
218.    Saba Empaling
219.    Saeed Satimin
220.    Sahari Dris
221.    Saidin Abdul Rahman
222.    Sait Jaya
223.    Salasiah Bujang Narawi
224.    Salmah Umar
225.    Samat Sulaiman
226.    Samuel Abai
227.    Sandai Lamit
228.    Sanggat Sanggop
229.    Sariah Saibon@Suria Saibon
230.    Satim Gapar
231.    Sazali Ramli
232.    Sedek James
233.    Sahrkawi Amek
234.    Siaw Chai Hok
235.    Sigat Agok
236.    Sim Khung Hui
237.    Sim Siang Mong
238.    Siti Hawa Bujang
239.    Srani Leben
240.    Stephen Satup Tangor
241.    Sudok Mesa
242.    Suhut@Suhod Bago
243.    Susa Supak
244.    Suit Saran
245.    Talip Pauzi
246.    Tama Weng Mato
247.    Tambi Lija
248.    Tan Kheng Soon
249.    Tang Kee Wun
250.    Ting Sie Ching
251.    Tipa Gawan
252.    Toni Rawi
253.    Tram Epoi
254.    Tudin Muamat
255.    Tuet Saili
256.    Usit Kunyoi
257.    Vong Nam Kui
258.    Wahab Mek
259.    Wan Ahmed Wan Chie
260.    Wan Imang Wan
261.    Wan Mozorni Wan Bujang
262.    William Nyipa Paso
263.    Willie Lijia Deseh
264.    Wita Hamid
265.    Wong Chai Hua
266.    Wong Kwong Hung
267.    Wong Shieh Hie
268.    Yaakub Seli
269.    Yahya Zakaria
270.    Yusri Salleh
271.    Zainal Abidin Hassan
272.    Zainap Ismail
273.    Zubrisky Bansang Mawan
274.    Zulaihi P’nee

Selasa, 3 September 2013

Merdeka: Keluhan rakyat biasa

Oleh: A. Shukur Harun


Setiap zaman mempunyai generasinya dan setiap generasi pula memiliki "pahlawan" atau pejuang masing-masing. Zaman penjajah yang panjang - melebihi 500 tahun - walaupun dibelit oleh sistem feudel, namun masih wujud ramai para tokoh yang progresif yang menentang penjajah.

Nama-nama seperti Orang Kaya Datuk Bahaman, Tok Sagor, Mat Kilau Abd Rahman Limbong dan lain-lain seangkatan dengannya sentiasa diingat sebagai pejuang kemerdejaan, sehinggalah zaman Dr Burhanudin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhamad, Ibrahim Yaakub dan lain-lain.
Tetapi malangnya, yang tertonjol hanya "kehebatan" para pemimpin Umno yang dipropagandakan siang dan malam, terutama ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan seperti sekarang, menggambarkan seolah-olah peranan para pejuang lama kemerdekaan tanah air itu tidak bermakna lansung.
Ini suatu penyimpangan sejarah yang sangat ketara, namun dibiarkan berlanjutan kerana dipromosikan oleh media tradisional yang dikuasai oleh parti yang memerintah.
Bagaimanapun kedengaran pelbagai rungutan, terutama pemimpin yang berkuasa, bahawa bendera Jalur Gemilang tidak banyak dikibarkan di seluruh tanah air, sambutan kemerdekaan tidak sehebat di masa lalu dan pelbagai kekecewaan lagi.
Ada yang kesal bahawa generasi baru sudah melupakan sejarah tanah air, tidak ingat lagi siapakah yang berunding di London untuk mendapatkan kemerdekaan dan tidak lagi mengingati segala yang berlaku sebelumnya dan segalanya.
Pada pendapat saya, tidak wajar pihak tertentu mengeluh dan kecewa disebabkan sambutan kemerdekaan dalam keadaan muram, dakwaan generasi baru "melupakan sejarah" dan sebagainya. Hal ini tentu ada sebabnya jika kita mengamati keadaan sebenar suasana negara sekarang.
Bagaimanakah rakyat biasa hendak bergembira dan berpesta-pesta menyambut kemerdekaan, ketika mereka dihimpit pelbagai masalah berat yang hampir tidak tertanggung oleh mereka.
Kecualilah pembesar politik, orang kaya dan super-kaya, yang memiliki banglo, apartmen dan pelbagai kereta mewah, saham-saham, tokoh korporat yang mendapat projek besar berterusan, yang berligar dari padang golf, ke kelab-kelab mewah dan sebagainya.
Tetapi rakyat biasa yang bergaji, umpamanya, RM2,000 sebulanpun payah untuk membeli sebuah rumah teres, kerana harganya begitu tinggi, sementara tidak semudah itu pula untuk mendapatkan flet kerana sangat terbatas pembinaannya.
Pemaju tidak berminat hendak membina flet, kerana tidak mendapat untung yang banyak, sementara tanah di bandar besar hampir tidak ada lagi untuk dibangunkan flet atau rumah murah yang lain oleh kerajaan negeri.
Di samping itu, harga barangan keperluan harian yang terus menerus naik melambung seperti tidak terkawal dan ini sangat menyeksa rakyat. Harga barang yang mahal ini menyebabkan nilai wang di tangan menjadi amat kecil, belum lagi harga ubat di klinik swasta yang meningkat, semuanya melemaskan rakyat.
Situasi seperti ini tidak memungkinkan rakyat biasa menyambut ulang tahun kemerdekaan dengan penung gembira. Ini masalahnya, bukan kerana mereka tidak taat tanah air.
Yang bergembira sakan menyambutnya hanya segelintir para pemimpin besar bersongkok tinggi, yang berucap di pentas sambutan, menyatakan rasa gembira kerana negara bertambah makmur, kadar pertumbuhan ekonomi negara terus meningkat, rakyat bergembira di mana-mana.
Selepas berucap, pemimpin politik dijamu makan minum dengan pelbagai hidangan, lalu sang pemimpin politik berbisik dalam hatinya sendiri bahawa "memang benar rakyat Malaysia begitu makmur".
Ada menteri yang berkata, “kalau harga ayam naik, jangan makan ayam”. Ini sebuah kata-kata yang sepatutnya hanya dituturkan oleh pelakon yang memegang watak orang bodoh ketika bersembang di warung roti canai dengan kawan-kawannya dalam lawak jenaka di TV.
Tetapi apabila seorang menteri bercakap seperti pelawak, bayangkan bagaimana rakyat melihat dan mengadili mindanya.
Bagaimana pula dengan masalah jenayah yang sangat menakutkan. Dulu, kes-kes tembak-menembak jarang didengar, tetapi kini sudah menjadi perkara biasa. Hampir setiap hari kejadiaan seumpama itu berlaku dan sudah ada nyawa terkorban.
Belum lagi dengan kes-kes rompak dan ragut yang menjadi-jadi setiap hari. Orang ramai, khususnya wanita, sering menjadi mangsa, bahkan sudah ada nyawa melayang. Semuanya ini sangat menakutkan menyebabkan rakyat merasa tidak selamat, terutama apabila keluar rumah.
Pihak polis sudah mengumumkan senarai nama-nama kumpulan samseng yang kini sedang berkeliaran. Pihak polis berusaha membasi penjenayah ini dan sudah ada tangkapan dilakukan dipelbagai tempat, hasilnya sudah mula kelihatan dan diucapkan tahniah atas usaha polis yang bersungguh-sungguh.
Bagaimanapun,  penjenayah terus bermunculan di sana sini, entah datang dari mana. Namun kita perlu memberikan kepercayaan kepada pihak polis dalam membasmi jenayah ini hingga ke akar umbinya.
Sementara itu dalam suasana menyambut kemerdekaan, kita melihat pula "kebanjiran" pendatang asing yang sangat menakutkan, yang datang dari pelbagai negara.
Jika kita berada di tengah bandar besar, seperti Kuala Lumpur, terutama pada hari-hari cuti umum, kita seperti berada di sebuah negara asing, dikelilingi oleh pelbagai warga negara asing  – Bangladesh, Nepal, Myanmar, Filipina, Pakistan, Indonesia, malah orang Afrika yang bertubuh tegap, masing-masing dengan lagak dan gaya serta bahasa masing-masing.
Bagaimanakah pendatang asing ini dengan mudah berada di tanah air? Ini pertanyaan yang sering kedengaran di mana-mana oleh rakyat tempatan.
Tiada sebarang jawapan diperoleh, bagaimanapun kebanjiran pendatang asing ini akan mengundang pelbagai masalah, terutama masalah sosial, kesihatan, tempat tinggal dan lain-lain.
Khabarnya sudah ada dalam rancangan pemerintah untuk "mengimport" 1.3. juta rakyat Bangladesh ke sini untuk bekerja dalam pelbagai sektor swasta dan ini memang sangat menggamatkan.

Inilah situasi ketika negara menyambut hari kemerdekaan di mana semua masalah ini memerlukan penyelesaian segera supaya rakyat Malaysia benar-benar menikmati erti kemerdekaan dan kemakmuran tanah air dalam suasana tenang dan selamat. 

Tentang buku cerita BM

Oleh Uthaya Sankar SB

Erna Mahyuni dalam makalah berjudul “Time we stopped rejecting Bahasa Malaysia (The Malaysian Insider, 13 Februari 2013) antara lain menegaskan apabila seseorang menguasai bahasa-bahasa lain atau lebih fasih bercakap bahasa ibunda berbanding Bahasa Malaysia, keadaan itu tidak menjadikannya “kurang berjiwa Malaysia” (less Malaysian).

Saya amat bersetuju dengan pandangan ini. Malah, saya secara automatik berfikir dalam Bahasa Inggeris tetapi memilih untuk menulis menggunakan Bahasa Malaysia. Sejak kecil, semasa belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Aulong — sebuah sekolah campur di Aulong, Taiping — saya banyak membaca buku-buku cerita Bahasa Malaysia dan Inggeris.
Pada masa sekarang, pelbagai kempen galakan membaca tetap dijalankan pada skala kecil dan besar di seluruh negara. Rungutan “rasmi” pihak kerajaan dan kementerian terbabit adalah bahawa tahap/minat membaca rakyat Malaysia masih rendah; berbeza dengan data “sebenar” yang diperoleh oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang menunjukkan peningkatan yang memuaskan.
Jumlah buku-buku cerita (cerpen/novel) Bahasa Malaysia dalam pasaran juga semakin meningkat. Namun, kelemahan ketara yang saya sendiri perhatikan sejak dahulu adalah salah tanggap yang sering wujud dalam kalangan penulis.
Ramai yang masih beranggapan bahawa apabila seseorang menulis menggunakan “bahasa Melayu”, maka karya itu mestilah mengenai “orang Melayu” dan “budaya Melayu”. Seolah-olah pembaca kaum Melayu sendiri tidak akan, tidak boleh dan tidak sanggup membaca mana-mana karya yang keluar daripada sempadan itu.
Dalam hal ini, seperti yang saya tegaskan dalam prakata kumpulan cerpen “Kisah dari Siru Kambam” (2013), mujurlah saya menulis menggunakan “Bahasa Malaysia” dan karya-karya saya adalah mengenai “orang Malaysia” dan “budaya Malaysia”. Saya tidak menulis untuk kaum tertentu atau penganut agama tertentu. Karya saya adalah untuk Bangsa Malaysia. 
Saya sedar bahawa pendirian saya menyebabkan puak tertentu melabel saya sebagai “cuba menyebarkan agama Hindu” selain membuat fitnah bahawa saya bersikap “anti-Melayu” semata-mata kerana saya lebih gemar menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” apabila merujuk pada bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.
Kehadiran puak berfikiran sempit dan golongan etnosentrik yang jahil memang tidak dapat dielakkan. Hal ini juga amat nyata apabila kita perhatikan senario politik dan parti politik di negara kita. Apatah lagi apabila politikus tertentu turut memberi sokongan moral — dan habuan kewangan — kepada puak-puak yang cuba menghancurkan perpaduan yang cuba dilahirkan menerusi bahasa kebangsaan.
Secara tidak langsung, apabila bahasa kebangsaan di negara kita dikatakan tidak boleh dipanggil “Bahasa Malaysia” tetapi harus dirujuk hanya sebagai bahasa milik kaum/kelompok tertentu, pasti sahaja minat dan kecintaan orang ramai akan mula pudar.
Mujurlah Kabinet pada Mei 2007 serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah memperakukan bahawa istilah “Bahasa Malaysia” betul dan sah digunakan apabila merujuk kepada bahasa kebangsaan; khususnya dalam konteks mewujudkan perasaan kekitaan dalam kalangan Bangsa Malaysia.
Maka, usaha juga perlu dipergiatkan untuk menggalakkan masyarakat pelbagai kaum kembali menggemari buku-buku cerita dalam Bahasa Malaysia — tanpa sedikit pun menafikan hak meneruskan minat membaca karya dalam mana-mana bahasa lain.
Bercakap mengenai topik ini, pengarang novel “Ngeri” (2011) dan “Mangsa” (2012), Gina Yap Lai Yoong terkenang akan bagaimana minatnya terhadap pembacaan buku cerita Bahasa Malaysia bermula pada zaman persekolahan.
“Minat saya dipupuk selepas membaca novel ‘Bukit Kepong’ dan ‘Konserto Terakhir’ untuk SPM dulu. Itu pertama kali saya membaca novel Bahasa Malaysia dan rasanya saya terpegun seketika kerana tidak sangka sesebuah cerita boleh mengundang perasaan dan pengalaman yang berbeza apabila ditulis dalam bahasa lain,” kata pereka grafik itu yang lebih banyak membaca karya Bahasa Inggeris.
Menurut anak jati Kuala Lumpur itu, selepas pengalaman awal (yang agak lewat!) itu, beliau meneruskan minat membaca karya Bahasa Malaysia kerana “saya percaya pengalaman yang diperoleh adalah berbeza dalam setiap cerita yang ditulis dalam bahasa yang berbeza.”
Sementara itu, seorang lagi rakan di Facebook, Nur ‘Azzyati mengakui bahawa beliau lebih mengutamakan karya-karya pelbagai bahasa dari luar negara yang diterjemah ke Bahasa Malaysia atau Inggeris. 
Beliau yang berasal dari Kota Baru, Kelantan dan kini sedang meneruskan pengajian bidang sarjana sains di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut berpendapat bahawa “dalam konteks masyarakat pelbagai kaum di negara ini, elok jika buku cerita dalam Bahasa Tamil dan Mandarin dibuat edisi terjemahan Bahasa Malaysia. Dengan itu, kaum Cina dapat membaca buku cerita dari kaum India dan sebaliknya. Begitu juga dengan kaum Melayu. Pendek kata, setiap kaum boleh mengenali dan membaca karya-karya hebat kaum yang berlainan.”
Pandangan yang dikemukakan adalah amat wajar. Malah, sejak dahulu, saya mengimpikan supaya majalah Dewan Sastera (DBP) menyiarkan cerpen terjemahan penulis Tamil/Mandarin tempatan berbanding karya pengarang dari India/China.
Impian itu menjadi kenyataan apabila sebuah cerpen oleh Dr Re. Karthigesu disiarkan dalam Dewan Sastera keluaran Julai 2012. Malangnya, usaha murni seperti itu turut mendapat bantahan puak etnosentrik tertentu yang kurang menyenangi usaha-usaha memupuk perpaduan menerusi terjemahan karya pengarang tempatan.
“Adalah sesuatu yang ironis jika kita boleh membaca karya luar negara untuk berkenal-kenalan dengan budaya asing, sedangkan  kita kurang mengambil tahu budaya pelbagai kaum rakyat Malaysia. Saya yakin, (hampir) setiap penulis pasti menyerapkan nilai budaya kaum masing-masing dalam karya mereka,” kata Nur ‘Azzyati lagi tanpa menyedari kekangan dan halangan yang wujud.
Sesungguhnya, seperti dikatakan oleh beliau, jika terjemahan Bahasa Malaysia dilakukan, pembaca-pembaca yang berminat tentu akan mendapatkan edisi terjemahan itu. Dalam hal ini, satu-satunya kumpulan cerpen Tamil yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia adalah Seruling di Persimpangan (1999). 
Sama-sama kita harapkan agar akan ada usaha seperti itu pada masa hadapan. Atau sekurang-kurangnya tiada usaha sabotaj oleh puak tertentu yang tidak mahu penulis pelbagai kaum dan pelbagai bahasa memperkaya khazanah sastera kebangsaan.
Dalam pada itu, tentu sahaja kita wajar mengharapkan serta menggalakkan penulis pelbagai kaum menulis mengenai budaya dan citra masyarakat pelbagai kaum menerusi karya Bahasa Malaysia. Hasil pengalaman saya sejak 1991, memang ramai penulis yang ketara mengangkat watak, kisah dan budaya Melayu-Islam dalam cerpen dan novel. 
Perkara sama juga diperhatikan A. Praveen Raj dari Melaka. Pada penelitian beliau, satu aspek yang paling penting adalah penglibatan rakyat berbilang kaum dalam kisah yang disajikan. 
“Kebanyakan cerita memaparkan watak daripada kaum tertentu. Malah, watak tersebut digambarkan sebagai superior character berbanding watak-watak kaum lain. Tidak perlulah dinyatakan watak kaum mana yang saya maksudkan,” kata graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.
Perkara yang dinyatakan oleh Praveen adalah realiti yang saya perhatikan sejak tahun 1970-an. Mungkin pengarang Melayu kurang memahami budaya kaum/agama lain untuk mampu menulis mengenai watak-watak selain watak Melayu — kecuali jika watak itu adalah watak jahat atau watak yang tiada pegangan agama (asal) lalu memeluk Islam pada akhir cerita.
Malangnya, pengarang kaum India, Cina dan sebagainya turut ketara mengangkat kisah mengenai budaya Melayu-Islam semata-mata dalam karya. Akhirnya, tahap kualiti dan kepelbagaian khazanah sastera kebangsaan tidak ke mana. Mujurlah penulis pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak mampu mengatasi kekurangan ini.
“Untuk menangani isu ini, seelok-eloknya penceritaan harus dibuat dengan memberikan watak-watak daripada pelbagai kaum atau latar belakang peranan yang setara. Tidak ada kaum yang lebih bagus atau superior daripada kaum lain. Perkara ini harus diketengahkan, diamalkan dan diterapkan kepada semua,” kata Praveen lagi dalam membincangkan topik sama.
Pandangan beliau memang ada kebenarannya dalam konteks karya Bahasa Malaysia yang disasarkan kepada Bangsa Malaysia. Sekiranya kesemua watak tanpa mengira kaum diberikan peranan yang adil dan saksama, pembaca pelbagai kaum akan selesa membaca cerpen/novel berkenaan. 
“Bukan itu sahaja, cerpen/novel Bahasa Malaysia juga harus mengandungi elemen berkaitan masyarakat pelbagai kaum dan tidak menjurus kepada komuniti majoriti semata-mata. Adakah saya akan tertarik untuk membaca cerpen/novel yang menceritakan kisah hidup watak-watak yang tidak ada kaitan dengan diri saya, atau cerita yang boleh saya kaitkan serba sedikit dengan diri saya?” Praveen bertanya soalan retorik yang tidak memerlukan jawapan.
Pandangan yang dikemukakan ini sedikit sebanyak mampu membuatkan kita memikirkan persoalan sama secara mendalam — sebagai penulis, penerbit, pustakawan, guru dan ibu bapa. Tambahan pula, cara paling mudah memupuk rasa cinta akan Bahasa Malaysia dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum adalah dengan menggalakkan mereka membaca karya/cerita Bahasa Malaysia.
Bak kata sebuah perbahasa Tamil, “kalau ada nasi di dalam periuk, barulah boleh dicedok dengan senduk”. Maknanya, jika novel dan cerpen Bahasa Malaysia tidak menarik, janganlah mengharapkan orang ramai membacanya dengan penuh minat; sama ada sebagai teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) atau sebagai bahan bacaan santai.