Rabu, 15 Oktober 2014

Intipati Bajet 2015

Ringkasan utama

Jumlah bajet: RM273.9 bilion

Perbelanjaan mengurus: RM223.4 bilion
Perbelanjaan pembangunan: RM50.5 billion

Unjuran pertumbuhan KDNK

2015: 5.0% - 6.0%
2014: 4.5% - 5.5%
2013: 4.5% - 5.5%
2012: 4.5% - 5.0%

Unjuran hasil

2015: RM235.2 bil
2014: RM224.1 bil
2013: RM220.1 bil
2012: RM206.2 bil

Unjuran defisit

2015: 3.0% daripada KDNK
2014: 3.5%
2013: 4.0%
2012: 4.5%

Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan enam SRI dilaksanakan. Keseluruhan pelaburan mencecah RM219 billion dan lebih daripada 437,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dibentuk.

Ekonomi negara berkembang dengan positif dalam keseluruhan sektor dengan pertumbuhan KDNK 6.3%.

Kadar pengangguran kekal pada tahap 3.1 peratus, sama seperti
tahun lalu.

Untuk tahun 2015, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh di antara 5% dan 6% manakala defisit fiskal dijangka merosot kepada 3% daripada GDP.
Pendapatan cukai dan perbelanjaan

Pendapatan kerajaan dijangka berjumlah RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
Unjuran hasil GST: RM23.2 bilion
Kerugian dari barangan dikecualikan cukai: RM3.9 bilion
Kerugian dari pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan: RM13.8 bilion
Ini memberi jumlah RM5.6 bilion, di mana RM4.9 bilion daripadanya akan diagih semula dalam program kebajikan, termasuk BR1M.
Jumlah hasil dari GST pada 2015 diunjurkan berjumlah RM690 juta.
Latihan pengecualian cukai untuk GST akan diperkenalkan bagi syarikat.

Sebanyak 532 barangan, atau 56% daripada indeks harga barangan pengguna, termasuk bahan makanan akan turun harga.

Barangan lain akan melibatkan kenaikan harga kurang dari 10 peratus.

Projek infrastruktur
Lebuh raya Sg Besi - Hulu Kelang RM 5.7 bilion
Lebuh raya Taiping - Banting RM5 bilion
Lebuh raya Damansara - Shah Alam RM4.2 bilion
Jalan Lingkaran Luar KL 1.6 bil
Naiktaraf rel pantai timur 150 juta
MRT Selayang-Putrajaya 23 bil
LRT3, Bandar Utama - Shah Alam - Klang RM 9 bilion
Kompleks industri petroleum Pengerang RM69 bilion
Internet jalur lebar berimpak tinggi, berjumlah RM2.7 dalam tempoh tiga tahun.
Cukai pendapatan
Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan di antara 1 hingga 3 mata peratus - menyebabkan 300,000 pembayar cukai individu tidak perlu membayar cukai.
Pembayar cukai dengan pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan akan dikecualikan dari membayar cukai.
Cukai pendapatan individu akan distruktur semula. Kadar maksimum akan dinaikkan kepada tahap lebih daripada RM100,000 kepada tahap lebih daripada RM400,000. Kadar cukai maksimum 26% akan dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%.
Bumiputera
RM600 juta untuk Ekuinas bagi meningkatkan pemilikan bumiputera dalam syarikat swasta dan berkaitan kerajaan.
RM30 juta untuk skim permulaan perniagaan usahawan bumiputera.
RM2 bilion untuk MARA bagi tajaan pendidikan bagi siswa bumiputera yang layak.
Khidmat kesihatan
Pengecualian cukai dinaikkan dari RM5,000 kepada RM6,000 setahun untuk pesakit yang mengikuti rawatan untuk penyakit serius seperti kanser, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung.
Pengecualian itu diberikan kepada pembayar cukai, pasangan dan anak-anak.
Dua hospital baru akan dibina, Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak.
20 klinik kesihatan dan empat klinik pergigian akan dibina di Kuala Lipis, Pahang dan Kluang, Johor.
Penubuhan lebih 30 klinik 1Malaysia, menjadikan jumlah 290 buah.
Menggantikan 635 unit mesin hemodialisis di hospital kerajaan dan klinik untuk RM30 juta.
Kerajaan juga menyediakan ruang di hospital kerajaan dan klinik kesihatan untuk menempatkan 244 mesin hemodialisis
RM45.4 juta untuk menyediakan ubat kepada pesakit mengikuti rawatan hemodialisis kronik dan akut.
Pembelian alat untuk membasmi wabak denggi dan juga mengedarkan 55,000 bahan ujian denggi ke klinik swasta dengan kos RM30 million.
Kenaikan gaji MP
Kenaikan elaun MP Dewan Rakyat dan Dewan Negara dinaikkan dari gred 54 ke gred Jusa C.
Gaji dan elaun Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta timbalan mereka dinaikkan berkuatkuasa 1 Januari 2015.
Kerajaan akan menyemak semula skim gaji anggota kabinet dan membuat keputusan pada masa sesuai, ini termasuk perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri.
Bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 akan dibayar pada Januari 2015.
Penerima pencen kerajaan juga akan menerima bantuan kewangan khas RM250.


Pengurangan subsidi

Satu mekanisme baru subsidi bahan api akan diumumkan tidak lama lagi, ekoran peningkatan jumlah kenderaan.

Barangan dikecualikan GST
Semua buah-buahan tempatan
Roti putih, bijirin penuh, kopi, teh, koko
Mi, kuetiau, laksa
Ubat-ubatan untuk rawatan 30 jenis penyakit termasuk jantung dan kanser
Akhbar
Buku mewarna
Elektrik sehingga 300 KWH
Diesel RON95 dan diesel
Insentif pekerja
Akta Pekerjaan 1955 akan disemak semula bagi memastikan suasana kerja lebih baik termasuk pelantikan dan pemecatan.
Peluang meningkatkan kemahiran dan bantuan kewangan sementara bagi pekerja yang diberhentikan melalui sistem insuran pekerjaan.
RM300 juta untuk latihan teknikal dan bantuan pendidikan untuk anak muda India dari keluarga berpendapatan rendah.
Perumahan untuk belia
Had pembiayaan untuk rumah pertama berharga tidak melebihi RM500,000 untuk pasangan beliau berusia di antara 25 hingga 40 tahun berpendapatan tidak melebihi RM10,000.
Kerajaan akan sediakan bantuan RM200 sebulan kepada peminjam untuk dua tahun pertama bagi mengurangkan beban bayaran ansuran. Tempoh pinjaman maksimum 35 tahun.
Kerajaan juga beri pengecualian 50% duti setem ke atas perjanjian pindah milik dan perjanjian pinjaman.
Pendidikan sekolah
Perutukan RM1.2 bilion untuk pendidikan vokasional untuk meningkatkan kemasukan ke institusi vokasional dan teknikal.
RM100 juta untuk menyedia lebih banyak tempat di kolej vokasional.
Pelepasan cukai untuk syarikat yang menyediakan biasiswa untuk sijil teknikal, latihan industri dan latihan profesional tambahan yang diiktiraf.
RM800 juta untuk sekolah
Sekolah kebangsaan (RM450j), SJKC dan SJKT (masing-masing RM50j), sekolah agama (RM50 j), sekolah berasrama penuh (RM50j)
Seklah agama bantuan penuh kerajaan RM50 j
MRSM (RM50 j)
Sekolah pondok berdaftar (RM25 j)
Sekolah menengah Cina jenis kebangsaan yang menggunakan sukatan kebangsaan (RM25 j)
Bil air dan elektrik sekolah akan ditanggung sehingga RM5,000 sebulan
Pendidikan tinggi
RM3 bilion untuk membiaya siswa
RM1.9 bilion untuk Jabatan Perkhidmatan Awam
RM759 juta untuk Kementerian Pendidikan
RM258 juta untuk Kementerian Kesihatan.
Pinjaman PTPTN
Rebat 10% bagi golongan yang membayar secara berterusan sehingga 31 Disember 2015.
Diskaun 20% bagi peminjam yang membayar penuh sehingga 31 Mac, 2015.
Isi rumah dengabn pendapatan RM4,000 ke bawah akan mendapat geran berjumlah sama jika menyumbang kepada Skim Simpanan Pendidikan Tinggi.
Industri kecil dan sederhana (SME)
Dana RM375 juta, RM120 juta daripada sektor swasta
RM80 juta untuk dana automasi
RM500 juta untuk 5,000 usahawan India
RM50 juta untuk usahawan bekas tentera
Dana RM70 juta bawah SME Bank untuk mengeluarkan kenderaan elektrik. Sasaran awal pengeluaran 50 bas elektrik.
RM50 juta untuk membangunkan jaringan kajian awam-swasta
Sabah dan Sarawak
RM27 bilion untuk Lebuh raya Pan-Borneo (936km di Sarawak dan 727km di Sabah).
RM262 juta untuk membiaya kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga barangan dan dasar piawai harga.
Dua lagi Kedai Rakyat 1Malaysia di Sabah dan tiga di Sarawak
RM19 juta untuk subsidi padi bukit
Pertanian, perikanan
RM100 juta untuk menggalakkan tanaman padi di Rompin, Batang Lupar, Kota Belud dan Pekan
Peningkatan elaun sara hidup untuk nelayan (Zone A: RM300, Zon B: RM250
Elaun bulanan RM200 untuk nelayan sepenuh masa
RM60 juta untuk tambahan nelayan akuakultur dan sangkar untuk tempoh monsun
RM250 juta untuk projek perumahan nelayan dan meningkatkan taraf kampung nelayan.
RM500 bantuan one-off untuk pekebun kecil getah yang terjejas dengan kejatuhan harga.
Pinjaman mudah kepada koperasi pekebun kecil bagi membolehkan mereka membeli getah secara terus dari pekebun kecil
Insentif RM41 juta untuk pekebun kecil kelapa sawit.
Esscom
RM230 juta (melalui program CSR Petronas) untuk peralatan berkapasiti tinggi.
RM50 juta untuk menaik taraf lapangan terbang Lahad Datu untuk membolehkan pesawat berkapasiti tinggi mendarat.
Pemindahan berperingkat-peringkat untuk kampung air di Semporna dan Sandakan.
Wanita
Pengarah wanita akan dilatih untuk mengisi kekosongan sebagai anggota lembaga GLC dan sektor swasta.
Program untuk surirumah bagi menggalakan wanita kembali bekerja
Program bawah Talent Corp untuk membantu profesional wanita kembali bekerja
RM30 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia bagi menggalakkan keusahawanan di kalangan wanita India
Hak cuti menjaga anak tidak lagi terhad pada tempoh cuti bersalin
Kerajaan mempermudahkan syarat majikan menyedia pusat jagaan anak
Kebajikan
Bantuan kewangan RM1.2 bilion untuk keluarga miskin, golongan warga emas dan OKU.
Elaun OKU dinaikkan dari RM50 kepada RM350 sebulan (bekerja) dan RM200 (tidak bekerja).
Pengecualian cukai sehingga RM6,000 untuk keluarga dengan anak OKU, meningkat dari RM5,000.
Pengecualian cukai sehingga RM6,000 untuk membeli alat bagi golongan OKU, termasuk pembayar cukai, pasangan, anak dan ibu bapa (meningkat dari RM5,000).
Elaun makanan harian untuk institusi kebajikan meningkat dari RM8 kepada RM16 setiap penghuni.
Tambahan lima pusat kegiatan warga emas dan khidmat jagaan, termasuk pengangkutan percuma ke hospital.
RM711 juta untuk pendidikan awal, termasuk Perumahan PERMATA.
RM1.3 bilion untuk Program Perumahan 1Malayaisa. Syarat disemak semula kepada had pendapatan isi rumah RM10,000 (meningkat dari RM8,000).
Skim sewa beli untuk golongan yang tidak mendapat pembiayaan bank.
RM644 juta untuk membina lebih banyak Projek Perumahan Rakyat.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat, 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di tanah milik sendiri
Pembangunan luar bandar
RM943 juta untuk membina 635km jalan luar bandar, termasuk jalan bekas pembalakan di Sabah dan Sarawak
RM1.1 bilion untuk melaksana sambungan elektrik untuk 15,000 rumah
RM394 juta untuk melaksana bekalan air bersih luar bandar untuk 7,500 rumah
RM200 juta untuk memulihkan 9,500 rumah daif
RM160 juta untuk menaiktaraf khidmat pengangkutan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak.
RM352 juta untuk program pembangunan ekonomi Orang Asli, kemudahan infrastruktur dan meningkatkan taraf hidup.
RM26 juta untuk memasang tiang lampu di 22,000 kampung
Kerajaan akan membentuk Rancangan Air Kebangsaan untuk memastikan kelestarian bekalan air jangka panjang.
RM112 juta untuk mengurangkan air tidak berhasil dan membaiki paip bocor

Jenayah dan keselamatan
RM17.5 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia dan RM9.1 bilion untuk polis. RM804 juta untuk Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia untuk memperkukuh penguatkuasaan maritim.
Peningkatan anggita polis sebanyak 11,757 dan membina tambahan 14 ibu pejabat polis
Sebanyak 1,000 unit motosikal peronda dan RM121 juta untuk program polis lain.
RM7 bilion untuk latihan pasukan tentera.
RM177 untuk pasukan Ikatan Relawan Rakyat
Geran RM50 juta untuk NGO termasuk pasukan beruniform yang terlibat dalam program pembangunan, perpasuan, kebajikan sosial, kepenggunaan, kesihatan dan keselamatan.

Ahad, 30 Mac 2014

Direktori Seniman Sarawak 2014

Gambar hiasan.

Persatuan Penulis Sarawak (PENULIS), beriltizam untuk menerbitkan Direktori Seniman Sarawak, agar mudah untuk menjadi rujukan pelbagai pihak di negeri ini untuk menggunakan khidmat dan kepakaran para seniman sekalian. Justeru, kami mengharapkan kerjasama daripada semua para seniman Sarawak, untuk mengisi maklumat yang dikehendaki. Penyelaras untuk projek ini ialah Encik Mus Legimu Mapol. Beliau boleh dihubungi di emel penulissarawak@gmail.com. Cadangan dan komen tuan/puan amat kami alu-alukan.

Kami alu-alukan semua karyawan dan seniman Sarawak, tanpa dibatasi sempadan persatuan atau kelab, untuk mengisi maklumat peribadi di

http://direktorisenimansarawak.blogspot.com/

Sekian, terima kasih di atas kerjasama anda.

Khamis, 30 Januari 2014

Dr M: Kejar kekayaan, punca ahli politik tidak jalankan tugas

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyelar pemimpin yang mengejar kekayaan sehingga melupakan tanggungjawab sebenar sebagai ahli politik.
Mantan perdana menteri itu turut mengingatkan pemimpin hari ini bahawa objektif menceburi bidang politik bukanlah untuk mencari kekayaan tetapi lebih memberikan fokus kepada pembangunan negara.
"Apabila kita miskin, kita biasanya bersatu-padu kerana diri perlu dipertahankan. Sekarang ini negara kita lebih kaya dari dahulu, masing-masing merebut kekayaan dan tidak tertumpu kepada tugas sebenar sebagai ahli politik.
Dr Mahathir berkata ada pemimpin yang mendapat kuasa pentadbiran tetapi menggunakannya demi kepentingan sendiri."Berada dalam politik bukan untuk memperkayakan diri tetapi untuk membangunkan negara. Daripada pembangunan itu ada bahagian kita dan pihak lain pula mendapat bahagian mereka," katanya ketika ditemubual Radio 24 Bernama petang tadi.
Katanya, landskap politik semasa berbeza seperti zaman sebelum kemerdekaan yang lebih menumpukan kepada usaha bersatu-padu di antara kaum.
"Ini menjadi masalah sekarang. Dahulu masa tidak menjadi wakil rakyat, masing-masing tumpu kepada bersatu-padu mencapai kemerdekaan tetapi selepas menjadi wakil rakyat, mereka tidak lagi menuju kepada pembangunan negara.
"Jika kuasa politik digunakan untuk diri sendiri, ini salah. Ini bukan tujuan politik sebenarnya. Politik adalah berkenaan pentadbiran dan cara memajukan negara," katanya.
Dalam wawancara selama 45 minit itu, Dr Mahathir turut mengulas isu pembatalan projek jambatan bengkok yang menghubungkan Malaysia dan Singapura semasa era pemerintahan mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, keputusan Abdullah itu melambangkan kelemahan serta menunjukkan kerajaaan gagal meneruskan projek yang dapat memberikan keuntungan kepada rakyat.
"Ia mengurangkan keyakinan kepada pemerintah.
"Apabila pemerintah tidak dapat melaksanakan sesuatu perancangan yang dianggap menguntungkan rakyat maka pandangan rakyat adalah kerajaan lemah dan tidak berpegang kepada janji," katanya.

Dr Mahathir turut ditanya apakah jangkaan kemajuan yang diharapkan menjelang 2020, beliau berkata: "Kita mesti maju dalam semua bidang. Tahap pencapaian ilmu pengetahuan mestilah tinggi, industri, ekonomi dan sosio-budaya mestilah boleh dianggap progresif dan maju. – 29 Januari, 2014.