No. Pendaftaran 0833-12-SWK. E-mel: penulissarawak@gmail.com No. Telefon & SMS: +6017.252.0624
Khamis, 13 Disember 2012
Rabu, 5 Disember 2012
Malam Bicara Puisi 'Keamanan Sejagat' 21 Disember 2012
Persatuan
Penulis Sarawak (PENULIS), mempelawa anak-anak seni, kumpulan lagu puisi
sekolah, remaja dan belia, untuk turut serta bersama-sama kami dalam
memeriahkan lagi Malam Bicara Puisi yang bertemakan 'Keamanan Sejagat' pada 21
Disember 2012, bertempat di Sanggar Seni Satok, jam 8.30 malam.
Orang
perseorangan dan kumpulan yang berminat untuk menyertai, sila sms kepada kami
ke nombor telefon 012-2520624, dengan memberikan nama penuh, e-mel dan bentuk
persembahan.
Kami
juga mempelawa para penyair dan karyawan untuk hadir sambil menjual barangan
seni yang mereka hasilkan seperti buku, lukisan dan sebagainya untuk dijual
pada malam tersebut.
Pihak
kami akan menyediakan kemudahan yang diperlukan seperti alat siar raya, dan
jamuan ringan.
Individu
dan orang perseorangan yang berminat diminta agar bertindak awal bagi
memudahkan kami untuk menyusun program pada malam tersebut. Untuk keterangan
lanjut, sila hubungi Saudara Mus Lagimu di talian +6011-12626007 atau Saudara
Zaidel Jamil di talian +6012-8888759.
Hari Keluarga PENULIS 2012
Hari Keluarga PENULIS 2012 telah dia dakan pada 30 November hingga 2 Disember 2012, di Damai Beach Resort. Selain mengadakan aktiviti untuk seisi keluarga, mesyuarat dalam kalangan ahli juga diselit sebagai salah satu program, bagi membincangkan perancangan program bagi tahun 2013.
Mudah-mudahan dengan izinNya, PENULIS akan bergerak lebih aktif lagi pada tahun hadapan. Insya-Allah.
Mudah-mudahan dengan izinNya, PENULIS akan bergerak lebih aktif lagi pada tahun hadapan. Insya-Allah.
Malam Pengucapan Puisi Maal Hijrah 1434H
MALAM PENGUCAPAN PUISI HIJRAH: TRANSISI
KEAZAMAN SASTERA KITA
Oleh:
Natasya Jemain
Awal
Muharam atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi seluruh umat
Islam. Ia menandakan suatu peristiwa penting yang pernah berlaku dalam kalendar
sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Makkah ke kota Madinah
pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku tepat pada tanggal 1
Muharam tahun baharu bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari
Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Maal bermaksud "bersama". Maal
Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati
Hijrah". Hijrah haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan
tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.
Oleh yang demikian, sebagai langkah atau
usaha awal dalam menghayati tibanya tahun Hijrah ini maka Persatuan Penulis
Sarawak (PENULIS) dengan kerjasama Sanggar Seni Satok telah menganjurkan Malam Pengucapan Puisi
Hijrah bertempat di Sanggar Seni Satok, Kuching.
Sanggar Seni Satok telah dirasmikan
oleh Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun
Abang Haji Openg, dan dicadangkan
sebagai medium pengkongsian dalam mengadakan acara baca puisi secara berkala
oleh seluruh penyair tanpa mengira usia dan status, khususnya di Bandar raya
Kuching.
Adalah sengaja bagi
pihak penganjur untuk membenarkan sesiapa sahaja yang berminat untuk membaca
puisi dengan tema yang ditentukan dalam majlis tersebut. Justeru kebebasan berpuisi
sedemikian diharapkan akan dapat melahirkan generasi pelapis bagi kelangsungan
bersastera di persada setempat atau domestik.
Maka para penyair
yang mengisi dan memeriahkan majlis tersebut adalah daripada kalangan otai dan
generasi muda yang masih segar penampilannya seperti kemunculan kumpulan
Indraloka.
Persembahan pada
malam tersebut turut diselitkan dengan takkiran, deklamasi puisi, persembahan
lagu puisi, lagu rakyat, monolog dan puisidra. Kehadiran karyawan seperti Haji
Hassim Daud, Zakaria Manan, Abdillah Untong, Haziz Wahab, Awang Kelana Awang
Hassan, Waizan Saili, Anuar Pisang, Kumpulan Indraloka, Yus, Abang Saiet, dan
ramai lagi nama mereka yang tidak dapat dituliskan dalam ini, adalah satu
petanda “perpaduan” karyawan Sarawak dalam menyambut tahun hijrah 1434.
Kehadiran wakil
kepada Menteri Pelancongan Sarawak, yang juga Pegawai Khas kepada Menteri
Pelancongan Sarawak, Encik Mohamad Abdul Rahman Haji Adenan, memberi semangat
baharu kepada para karyawan yang membuat persembahan pada malam tersebut. Malah
beliau turut mencadangkan agar program ini diadakan secara berkala, agar dapat
menyemarakkan lagi program kesenian khususnya di Bandar raya Kuching.
Kehadiran beliau
yang agak lewat kerana baru pulang dari Kuala Lumpur, membuktikan sokongan
Menteri Pelancongan Sarawak terhadap program ini. Hakikatnya, kelestarian
program baca puisi di Sanggar Seni Sarawak hanya akan dapat diadakan jika
mendapat sokongan padu daripada para karyawan sendiri.
Memandangkan
sambutan yang diberikan pada malam tersebut cukup membanggakan maka menjadi
harapan kepada pihak penganjur untuk tidak hanya mengadakan majlis pengucapan
puisi tersebut hanya pada malam Maal Hijrah sahaja tetapi berterusan dari bulan
ke bulan. Walaupun tidak disangkal akan kekangan material, tenaga sukarelawan dan masa tapi
diyakini jika ada sokongan padu daripada pihak lain yang berminat untuk turut
serta maka sangatlah dialu-alukan.
Menurut Pengerusi
Persatuan Penulis Sarawak , Encik Awang Zaidel Bin Awang Jamil, Sanggar Seni
Satok ini akan dijadikan lokasi tetap bagi program Baca Puisi, yang akan
diadakan pada setiap bulan.
“Dengan memandangkan
Sanggar Seni Satok, adalah ruang percuma yang disediakan, maka kami dengan
kerjasama persatuan karyawan yang lain, akan merancang untuk mengadakan program
baca puisi secara berkala di tempat ini.”
“Kami juga
mengalu-alukan golongan belia dan remaja yang sudah membentuk kumpulan lagu
puisi, untuk tampil di pentas Seni Sanggar Satok ini. Sanggar Seni Satok ini
adalah lokasi untuk berkumpul dan santai semua golongan karyawan, khususnya di
Bandar raya Kuching ini,” jelas beliau.
Tambah beliau lagi,
“PENULIS berusaha merancang agar program baca puisi dapat diadakan secara
berkala setiap bulan, dengan pelbagai tema dan genre persembahan.”
Namun, tegas beliau
lagi, semuanya adalah bergantung pada golongan karyawan sendiri. “PENULIS
merancang, dan jika dapat sambutan akan diteruskan, dan jika sebaliknya, kita
akan fikirkan program yang selayaknya.”
Dalam pada itu,
Pengurus Sanggar Seni Satok, Encik Ismail Hamdan, mengharapkan para karyawan
dan penyair dari sekitar Bandar raya Kuching agar manfaatkan Sanggar Seni Satok
untuk kegiatan kesusasteraan kesenian.
“Program yang
dianjurkan di sini adalah bersifat santai, kehadiran semua pihak dialu-alukan.
Kepada kaum remaja dan belia yang ingin mengetengahkan bakat mereka dalam
bidang nyanyian lagu puisi, mendeklamasi puisi, melukis, menjual hasil seni dan
sebagainya yang ada hubung kait dengan seni dan kesusasteraan, kehadiran mereka
dialu-alukan,” jelas Ismail.
Mudah-mudahan usaha
murni sebegini mudah mendapat tempat di hati mereka yang lain untuk terus
memartabatkan aktiviti sastera dan seni masyarakat kita sendiri khasnya. Dengan
azam dan hasrat dalam mengangkat jati diri dan peradaban minda yang berkarisma
dan berwawasan jauh. Salam Maal Hijrah.
Sajak - Wira Cendekia Bahasa
(buat YBhg. Prof. Dr.
Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah DBP bersempena dengan Muzakarah Munsyi Dewan
pada 28 November – 01 Disember 2012 di Institut Aminuddin Baki, Genting
Highlands)
Dikau bagaikan sang
tukang ukir
yang mahir
Antara pahat metafora
dan tukul
personifikasi
Tabah cekal mengukir
Seni wasilah bahasa
Untuk telaahan bangsa
Untuk khazanah nusa
zaman-berzaman.
Dikau bagaikan sang
petani
Dari daerah pedalaman
yang bening
Antara cangkul diksi
dan kudrat harapan
Penuh kasih kausemai
akrab
benih-benih bahasa
Di kebun ilmu
Di kebun bangsa.
Dikau bagaikan sang
tukang jahit zaman
Antara jejarum frasa
dan bebenang klausa
Kaucipta busana
susila bahasa
manifestasi peradaban
nilai kesantunan
citra ketamadunan
bangsa
di persada nusa
di persada nusantara
di persada
antarabangsa
Dikau bagaikan wira
sepanjang zaman
Antara merah darah
perjuangan
dan keris peradaban
Kaulangkah gagah di
persada wacana
Melahirkan anak-anak
merdeka
Yang cekal akal budi
Yang tekal jati diri
Wira cendekia
bahasaku
Dikau persis kandil
ilmu
Obor menerangi buana
zulmat
Terampil wibawa
menongkah arus cabaran
Pena ilmu di buana
manusiawi
Wacana ilmu di buana
rabbani
Dirgahayu
Wira cendekia
bahasaku
Bahasawan yang
cemerlang
Bahasawan yang
terbilang
Bahasawan sepanjang
zaman!
Chai Loon Guan,
Institut Aminuddin Baki,
Genting Highlands.
28 November – 01 Disember 2012.
(Pertama kali, sajak ini dideklamasikan bersempena dengan Muzakarah Munsyi Dewan pada 28 November - 01 Disember 2012 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands)
(Pertama kali, sajak ini dideklamasikan bersempena dengan Muzakarah Munsyi Dewan pada 28 November - 01 Disember 2012 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands)
Keputusan pemilihan Majlis Munsyi Dewan Malaysia (MMDM)
Keputusan
pemilihan Majlis Munsyi Dewan Malaysia (MMDM) hasil daripada mesyuarat pada
pukul 5.30 petang, 29 November 2012 di Auditorium Dato' Razali Ismail, Institut
Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Pengerusi:
Tuan Haji Zainuddin Saidin (MD Zon Utara)
Naib Pengerusi:
Puan Noraziah Ahmad Ghazali (MD Zon Tengah)
Setiausaha:
Encik Mohamad bin Musip (MD Zon Selatan)
Naib Setiausaha:
Puan Shamsul Mardiyyah Bahrum (MD Zon Tengah)
Bendahari:
Encik Abdul Ghalib Yunus (MD Zon Tengah)
Wakil-wakil Zon:
Puan Zawiyah Abdul Shukor (MD Zon Tengah)
Puan Noor Suraya Adnan Sallehudin (MD Zon Tengah)
Puan Norliza Abu Bakar (MD Zon Selatan)
Puan Sarimah Ahmad (MD Zon Selatan)
Encik Chai Loon Guan (MD Zon Utara)
Puan Hajah Habibah Mohd Samin (MD Zon Utara)
Encik Abdullah Mohd Yassin (MD Zon Timur)
Encik Haron Omar (MD Zon Timur)
Tuan Haji Sh. Mahadda Sh Attar (MD Zon Sabah)
Encik Jais Sahok (MD Zon Sarawak)
Puan Norizan bt. Raja Yunus (MD [Sastera])
Encik Mohd Ridwan Wahab (MD [Jawi])
Pemeriksa Kira-kira:
Encik Tewarajoo a/l Ramasamy (MD Zon Utara)
Encik Quek Cham Seng (MD Zon Tengah)
Pengerusi:
Tuan Haji Zainuddin Saidin (MD Zon Utara)
Naib Pengerusi:
Puan Noraziah Ahmad Ghazali (MD Zon Tengah)
Setiausaha:
Encik Mohamad bin Musip (MD Zon Selatan)
Naib Setiausaha:
Puan Shamsul Mardiyyah Bahrum (MD Zon Tengah)
Bendahari:
Encik Abdul Ghalib Yunus (MD Zon Tengah)
Wakil-wakil Zon:
Puan Zawiyah Abdul Shukor (MD Zon Tengah)
Puan Noor Suraya Adnan Sallehudin (MD Zon Tengah)
Puan Norliza Abu Bakar (MD Zon Selatan)
Puan Sarimah Ahmad (MD Zon Selatan)
Encik Chai Loon Guan (MD Zon Utara)
Puan Hajah Habibah Mohd Samin (MD Zon Utara)
Encik Abdullah Mohd Yassin (MD Zon Timur)
Encik Haron Omar (MD Zon Timur)
Tuan Haji Sh. Mahadda Sh Attar (MD Zon Sabah)
Encik Jais Sahok (MD Zon Sarawak)
Puan Norizan bt. Raja Yunus (MD [Sastera])
Encik Mohd Ridwan Wahab (MD [Jawi])
Pemeriksa Kira-kira:
Encik Tewarajoo a/l Ramasamy (MD Zon Utara)
Encik Quek Cham Seng (MD Zon Tengah)
Selasa, 9 Oktober 2012
Industri Buku Di Malaysia
Judul kecil bagi buku The Gutenberg Elegies karya Sven
Birkerts ialah The Fate of Reading in An Electronic Age. Buku ini menanyakan
apakah benar dalam keghairahan kita mengalu-alukan era elektronik kita
sebenarnya mengabaikan budaya membaca dan membunuh industri buku?
Sebenarnya manusia lebih banyak membaca daripada sebelum ini. Mungkin mediumnya
berubah daripada buku atau akhbar dalam bentuk tradisionalnya kepada membaca
dalam dunia siber menggunakan landasan media baru e-mel, SMS, Facebook, Twitter
dan sebagainya. Melayari Internet itu sendiri menuntut ketekunan membaca.
Akhbar talian menjadi pilihan baru pembaca muda, begitu juga buku dalam bentuk
elektronik. Kini kita melahirkan generasi e-pembaca.
Buku belum
berkubur, itulah hakikat yang harus diterima. Malah lebih banyak buku
diterbitkan pada masa ini daripada zaman sebelum ini. Era elektronik sebenarnya
membantu memperkaya dunia buku dan pembacaan.
Debat berkuburnya buku bukan
baru. Pada tahun 50-an apabila TV mula menjadi popular, banyak pihak yang
meramalkan buku akan pupus. Jumlah penerbitan buku menunjukkan sebaliknya.
Menurut Gabriel Zaid dalam bukunya So Many Books, pada tahun-tahun 50-an, dunia
menerbitkan kira-kira 250,000 judul setahun. Apabila mesin cetak Gutenberg
memungkinkan buku dicetak secara meluas pada tahun 1450, hanya 100 judul mampu
diterbitkan setahun. Pada tahun 2000, sejuta judul buku telah diterbitkan.
Sebagai perbandingan pada tahun 1947, Amerika Syarikat (AS) mempunyai hanya
tujuh saluran TV, pada tahun 1949 jumlah itu menjadi 50 dan 517 pada tahun
1960. Hari ini jumlahnya ribuan. Di antara tahun 1947 dan 1960, judul buku yang
diterbitkan di AS meningkat dari 7,000 setahun menjadi 15,000. Stesen TV
bertambah banyak kali ganda.
Pada tahun 1550 terdapat 35,000
judul buku yang diterbitkan, seratus tahun kemudian jumlah terkumpul judul buku
menjadi 150,000. Pada tahun 1750 jumlahnya ialah 700,000 dan pada tahun 2000,
jumlah terkumpul judul buku dunia ialah 52 juta.
Pada hari ini sebuah buku terbit
setiap 30 saat. Apabila anda selesai membaca rencana ini, 2,400 judul buku baru
telah diterbitkan di dunia.
Sekali lagi, buku belum berkubur.
Buku akan terus menjadi wahana ilmu dan maklumat utama manusia. Buku
mencorakkan tamadun. Tamadun ditunjang oleh buku. Manusia menjadi cerdik kerana
buku dan kecerdikan memungkinkan kelahiran buku. Tradisi keilmuan akan
dicorakkan oleh buku, dulu, kini dan selamanya.
Maka itu buku tidak boleh pupus dalam bentuk asalnya. Memang benar era elektronik hari ini mengurangkan waktu membaca manusia dalam konteks yang kita fahami dahulu tetapi tidak mengurangkan jumlah buku yang terbit. Ada pandangan yang mengatakan perpustakaan tidak lagi relevan dengan wujudnya Wikipedia. Semua maklumat boleh didapati di hujung jari. Maklumat dan ilmu pasang siap bukan tandingannya tradisi ilmu sebenar yang teruji oleh amalan kesarjanaan dan budaya fikir yang halus.
Memang benar penerbit buku dan
akhbar dicabar dengan hebatnya oleh banyak medium baru dalam era elektronik.
Banyak syarikat akhbar yang satu masa dahulu gah kini gulung tikar. Pada waktu
yang sama banyak syarikat buku yang berdepan dengan masa depan yang malap.
Kompendium ilmu yang tersohor, Encyclopedia Britannica yang bermula pada tahun
1768 mengaku kalah dek asakan elektronik lalu menghentikan penerbitan dalam
bentuk tradisionalnya. Pada bulan Mac 2012, penerbit ensiklopedia itu
mengumumkan bahawa edisi tahun 2012 merupakan edisi bentuk buku yang terakhir. Maka itu buku tidak boleh pupus dalam bentuk asalnya. Memang benar era elektronik hari ini mengurangkan waktu membaca manusia dalam konteks yang kita fahami dahulu tetapi tidak mengurangkan jumlah buku yang terbit. Ada pandangan yang mengatakan perpustakaan tidak lagi relevan dengan wujudnya Wikipedia. Semua maklumat boleh didapati di hujung jari. Maklumat dan ilmu pasang siap bukan tandingannya tradisi ilmu sebenar yang teruji oleh amalan kesarjanaan dan budaya fikir yang halus.
Di sebaliknya cerita suram dunia perbukuan, banyak lagi cerita kejayaan luar biasa yang harus kita banggakan. Penerbit masih mampu mengeluarkan judul yang dianggap buku laris dunia yang memberikan kekayaan pada penulis. Penulis yang berjaya hari ini bukan sahaja menjadi selebriti tetapi hidup kaya raya dengan royalti.
Malangnya buku paling laris di Malaysia ialah novel popular dan buku agama. Akhdiat Akasah misalnya telah menulis 87 judul novel menjadikan beliau novelis paling produktif di negara kita. Buku serius sukar dijual, termasuk buku karya Sasterawan Negara kita.
Industri buku di Malaysia
sebenarnya lebih kecil daripada industri ayam pedaging. Malaysia hanya mampu
menerbitkan paling banyak 5,000 judul buku setahun, kebanyakannya buku teks dan
buku kerja sekolah. Kita sepatutnya menerbitkan 12,500 judul buku am setahun.
DBP sendiri hanya mampu menerbitkan 300 judul baru setahun. Hari ini China
menerbitkan 180,000 judul, United Kingdom 16,000, AS 60,000 dan India 49,000.
Terlalu banyak potensi untuk
mengembangkan industri buku di negara ini. Apa yang diperlukan ialah usaha
menyemarakkannya. Kita memerlukan komitmen semua pihak bagi tujuan ini. Kita
perlu menggalakkan pembacaan di kalangan rakyat. Usaha memasyarakatkan buku dan
pembacaan memerlukan strategi baru. Buku dan pembacaan masih lagi anak kunci
pada tradisi fikir dan budaya ilmu.
Langgan:
Ulasan (Atom)


























