Alhamdulillah,
dengan izinNya, Persatuan Penulis Sarawak (PENULIS), dapat diwujudkan. Asalnya,
persatuan ini hanyalah sebagai landasan untuk sekelompok wartawan dan bekas
wartawan, berpesatuan. Setelah memikir nama yang sesuai, maka telah
dicadangkan namanya ialah PENULIS, merujuk kepada sesiapa juak yang boleh
menulis. Dalam konteks ini, merujuk kepada individu yang menulis menggunakan
bahasa Melayu.
Seperti
mana kewujudan persatuan lain, banyak ‘suara-suara sumbang’ yang bersifat
negetif terlebih dahulu dikhabar kepada kami. Yang jelas, segala suara sumbang
dan curiga negatig berhubung PENULIS akan kami jadikan sebagai dorongan. Dalam
hal ini kami berpegang kepada kata hikmah yang berbunyi “ Perjalanan Yang Jauh
Bermula Dengan Langkah Yang Pertama”. Insya-Allah, dengan dorongan dan
kerjasama semua barisan kerabat PENULIS di setiap bahagian, dan AJK yang
dipilih, PENULIS akan berjaya mencapai hasratnya. Insya-Allah.
Persatuan ini akan dikenali dengan nama Persatuan Penulis Sarawak
atau singkatannya PENULIS. No. Pendaftaran 0833-12-SWK diluluskan pada 21
April 2012.
Alamat
berdaftar dan tempat urusan PENULIS ialah;
Rumah
PENULIS,
No.
289 H, Lorong 6A-IB,
Taman
Matang Jaya,
Jalan
Matang,
93050
Kuching, Sarawak, Malaysia.
E-mel : penulissarawak@gmail.com
Twitter : @PENULISSwk
FB : Persatuan Penulis Sarawak (PENULIS)
Tel : +6017.2520.624
Faks : +6082.646471
MATLAMAT
· Menggalakkan dan melobi penggunaan
bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dalam semua urusan dan dokumen rasmi di
Sarawak;
· Mengkhalayak dan mengukuh penggunaan
bahasa rasmi negara iaitu bahasa Melayu dalam hubungan integrasi masyarakat
tempatan;
· Mengeratkan dan memantapkan hubungan
sesama penulis dan wartawan media massa berbahasa Melayu di Sarawak;
· Mempertahan dan menjaga kebajikan
serta hak-hak setiap ahli PENULIS dalam berkarya;
· Menyediakan kemudahan tertentu yang berkaitan
dan menganjurkan kursus, bengkel, forum, diskusi dan seminar bagi keperluan dan
manfaat para ahli dan masyarakat setempat;
· Memberi pendedahan dan pendekatan
ilmiah berkaitan sesuatu isu kepada para ahli dan khalayak tempatan; dan
· Menerbitkan hasil karya ahli sebagai
bahan rujukan negara bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan